Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani :)
Tak lama lagi akan masuk tahun 2012. Berperasaan segar untuk mengajar. Untuk memulakan tahun pertama sebagai arkitek bangsa, sebagai jurutera bangsa, sebagai doktor bangsa. Sekiranya ada rezeki dan peluang daripada Allah, mungkin akan melanjutkan pelajaran di peringkat Masters. Berperasaan penuh harapan dan angan-angan untuk berkeluarga, untuk terus berjaya.
Bagaimana pula dengan perancangan dakwah saya? Ini sudah masuk tahun keempat berada di dalam Dakwah dan Tarbiyyah(D&T) dan tahun kelima sejak berkenalan dengan D&T. Adakah saya berperasaan segar untuk memulakan tahun seterusnya sebagai arkitek ummah, jurutera ummah dan doktor ummah? Pertandingan Video Osem APG 2011 anjuran blog Angel Pakai Gucci mengetuk hati saya untuk terus berjuang. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pendek kata, ikhwah dan akhawat begitu bersemangat, penuh dengan himmah yang tinggi membuat video tentang dakwah dan tarbiyyah. Subhanallah. Tahniah APG! Semoga usaha anda dan juga semua peserta dianugerahkan keredhaan Allah. Semoga diberikan kekuatan untuk terus menjaga keikhlasan hati. InsyaAllah. Ini link kepada blog tersebut : AngelPakaiGucci
Saya juga perlu terus bersemangat.
Teringat kata-kata naqibah saya iaitu, 'Begitu banyak tenaga, masa, wang dan perancangan dilaburkan untuk menghasilkan seorang akh mahupun ukhti'. Saya pernah berpengalaman membawa bulatan gembira adik-adik di U.K dan saya juga pernah berpengalaman didekati oleh kakak-kakak. Dan saya tahu usaha itu bukan mudah.
Allah telah menganugerahkan saya seorang suami yang turut berada di jalan D&T. Bahkan beliau aktif dan penuh dengan keazaman untuk terus berada pada jalan ini. Jadi, saya juga perlu mencontohi dirinya. Suami saya pernah berkata, 'Masa hidup nilah nak pergi program,nak buat usrah, dah masuk kubur nanti tak boleh dah'.
It is really up to us. Kalau kita nak, kita akan meletakkan dakwah dan tarbiyyah lebih daripada segalanya. Kalau kita taknak, kita akan berterusan mencipta alasan. Nauzubillah. Semoga saya bersedia dan terus bersedia untuk kekal berada pada jalan ini. Dengan sepenuh hati. Bukan lagi bersyarat. Bukan lagi atas rasa terpaksa. Lawan perasaan yang sentiasa inginkan kesenangan dan kerehatan. Gerabak dakwah akan sentiasa bergerak. Adakah kita mahu ketinggalan? Adakah kita mahu ketinggalan di saat Islam kembali dijulang? Adakah kita ingin menjadi pemerhati dari jauh ataupun kita ingin menjadi mereka yang bekerja untuk menegakkan Islam?
Saya ingin menjadi mereka yang bekerja.
Izinkanlah wahai Allah. Kuatkanlah wahai Allah. Ameen.
Doakan =D
Will certainly vote for this one :) So comel!
I miss all my bulatan gembira :) especially the ones in Cardiff...Semua orang pun vote ok for whichever video that they like!
Till then!
3 comments:
" Ini sudah masuk tahun keempat berada di dalam Dakwah dan Tarbiyyah(D&T) dan tahun kelima sejak berkenalan dengan D&T. "
May I know what defines one to be in DnT? Pertandingan video osem ni untuk apa? Untuk video2 berunsur usrah ke?
Jzkk.
In my opinion, for one to be considered as part of DnT, he or she should show commitment towards improving him/herself in islamic matters, towards gaining islamic knowledge as to equip him/herself as a good muslim as well as a good dai'e. And kena jugak consistent in doing dakwah, calling people to Islam and Iman. And usually these people join quranic circles/liqa'/usrah. Since D&T usually requires concerted effort from a group of people. Wallahua'lam :)
And pertandingan video osem ni memang untuk video2 yang bertemakan dakwah dan tarbiah. boleh click link angel pakai gucci and u can get more info there...
Video2 nye bagus2 and actualy mengetuk pintu hati utk mengetahui lebih mendalam mengenai D and T ni, tapi kalau tak mau commitment apekah ade cara lain seperti em tazkirah ke, dengar syarahan ke atau nasihat menasihati antara satu sama lain
Post a Comment