Friday, October 14, 2011

Before tying the knot :)

Q : Ukhti, kalau tak keberatan maybe boleh kongsi camne nak jaga batas sebelum kahwin & camne boleh ambil keputusan yang yakin tanpa kenal orang tersebut?

The above inquiry was a respond that I got from a reader in my previous posts - My wedding experience series.

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful :)

A : Menjaga batas sebelum perkahwinan tak mudah tapi dalam kes saya Alhamdulillah ianya dimudahkan dengan bantuan naqib dan naqibah kami. Kami tidak berhubung atau berjumpa melainkan dengan kehadiran naqib atau naqibah atau kedua ibu bapa. Sounds difficult? Huhu. Frankly speaking, takdelah sesusah mana. Possible je. Hati hendak semua jadi.  Bahkan rasa selamat kerana cuba menjaga batas-batas yang ditetapkan Allah. Tak pernah bercakap telefon pun. Kebanyakan interaksi melalui email dan mesti di cc kan kepada naqibah atau naqib.Selain itu, melalui ibu bapa.
[boleh bertanya pengalaman akhawat-akhawat lain juga. saya percaya lebih kurang sama je pengalaman kami :)]

Saya pernah dengar/baca bahawasanya amatlah penting untuk kita menjaga batas-batas sebelum perkahwinan sebab perkahwinan adalah asbab untuk manusia dikurniakan zuriat. Dan semestinya kita nak melahirkan zuriat yang soleh/solehah. Sekiranya sejak belum kahwin pun kita dah CUBA jaga sebaiknya syariat Allah dalam mendirikan sebuah rumahtangga, insyaAllah keberkatan akan mengalir kepada zuriat.

Apa yang meyakinkan saya untuk berkahwin dengan Akhi Azmi  :) adalah kerana saya berpegang pada hadis yang menyuruh kita memilih seseorang kerana agamanya insyaAllah kita akan selamat. Paling kurang tak tinggal solat, puasa, hormat orang tua dan menunaikan perkara-perkara yang wajiblah. Dan memandangkan saya seorang akhawat, apabila Allah memberi pilihan untuk berkahwin dengan seorang akhi, what else can I ask for. Selain daripada tu banyaklah faktor-faktor sampingan lain. Ada yang personal ada yang tak. Ada yang penting ada yang tak berapa penting. Saya cuba menunaikan permintaan Ibu yang inginkan menantu daripada Terengganu dan juga permintaan Ibu supaya menyegerakan perkara yang baik. Semoga ada keberkatan di situ.

Kena ask around jugak sebelum membuat keputusan. Sebab selain daripada agama, penting jugak untuk ada chemistry/keserasian. Kalau kita ni jenis serius dan bosan dah dengan diri sendiri yang serius maybe kita nak pasangan yang kelakar dan cool, jadi carilah orang beragama yang kelakar dan cool. Pastu kena boleh menerima keluarga dia. Kalau kita tak suka keluarga orang kaya dato' datin tak payahlah kahwin dengan anak orang kaya. Carilah orang yang beragama daripada keluarga sederhana ataupun keluarga orang susah.

Tapi tak semestinya akan dapat semua. Jangan memilih sangat. Cukuplah kalau bakal pasangan beragama, baik dan serasi dalam beberapa perkara. The world is not perfect. Kita tak perfect. Orang lain pun tak perfect.

Solat hajat dan istikarah secara berterusan :) Memang akan ada masa kita meragui keputusan kita, tapi kalau Allah tetapkan hati insyaAllah he/she is THE ONE.  Keep praying and InsyaAllah akan memberi yang terbaik untuk kita. Kalau berkahwin dan berpisah walaupun setelah rasa he/she is the one, itu adalah ujian untuk orang-orang terpilih. Tentu saja Allah mempunyai rancangan yang lebih baik :)

p/s: harapnya saya bukan nak bajet bagus and what not. simply sharing. tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah. semoga ada keberkatan di sebalik perkongsian. ameen :)


Hope that helps to dear miss/mr anonymous :) Wallahua'lam

10 comments:

Anonymous said...

salam, kiranya ukhti tidak mengenali akh ttp telah diperkenalkan oleh naqibah nti? blh nti bagitahu bgaimana nti memberitahu mereka untuk segera bernikah sbb biasalah perempuan selalunya malu nak beritahu untuk segera hendak menikah lebih2 lg jika tiada calon. kiranya lps nti bgtahu nk bernikah, mereka trus carikkan calon? begitu ye? asiff jika soalan mcm ni byk dan agak annoying :))

Nisyana Abdul said...

waalaikumussalam :) it's ok tak annoying pun. malu bertanya sesat jalan. so it is good to ask :) mengikut pengalaman ana, naqibah akan bagi hint/tanya sekiranya kita dah nak habis belajar. boleh jugak kalau kita sendiri yang bagitau naqibah yang kita ni dah bersedia untuk kahwin. hope that helps :)

h***y said...

bertuahnye akh tersebut :P alhamdulillah :)

Anonymous said...

ok kiranya lpstu dorg trus cari kan calon ek? bukan apa, kalau dilihat, jika kita isi borang BM akhir thn, sampai skrg tiada jwpn lg. ataupun baik kte refer pada kakak naqibah terus? ana dah isi borang thn lps, smpi skrg tiada jwpn.

lagi satu, blh x nti cerita bagaimana proses pengenalan calon pd nti, ataupun nti trus pilih akh slps istikharah atau apa yg memberi kekuatan pd nti utk pilih akh. again, hrp x annoying :)

saya najwa said...

jazakillah utk doa akak utk post haritu..
mga baitulmuslim yg dibina berkekalan:)

Nisyana Abdul said...

Hubby =)

Anonymous : Pasal borang, better consult naqibah. Sebab dia yang lagi tahu. Nak cerita bagaimana perkenalan tu, melalui beberapa sesi taaruf dan berdoa untuk yang terbaik :) Banyakkan doa so that dipermudahkan :)

Najwa : No prob. Ameen! :)

Anonymous said...

Salam.moga perkahwinan kak anis n akh azmi berkekalan sampai akhir hayat dan membawa ke syurga..ameen Ya Allah.. moga kak anis sekeluarga dalam redha Allah..kak anis, doakan utk saya juga ye, silent reader blog kak anis.. umur 22, study lg..x terfikir lg utk berumah tangga, tp berdoa dipertemukan dgn suami yg baik.. Ameeen.. kak anis teruskan menulis ye.. Allah bagi kak anis bakat menulis, walaupun simple, tp bermanfaat n terinspirasi..
* kak anis, kat fb kan, ada satu page yg best.. nama beliau Mufti Ismail Menk .. ayat2 dia sgt menyentuh dan bagi nasihat yg sangat2 baik.. nnt k.anis try cari ek.. kalau dah tau x pe..huhu.. salam utk kak anis :D

~Hanan bukan nama sebenar :)

Nisyana Abdul said...

Jazakillahukhair hanan :) ameen to kind prayers...insyaAllah I'll pray for ur happiness too in this life and in the hereafter.

p/s: akak baru je like page mufti ismail..jazakillah again for giving such a good recommendation.

Anonymous said...

jazakillah utk pengosian ukhti anis:)

Liana said...

salam alaiki ukhti,

jazakumullahukhayran kathira for sharing.. maybe ana nnt aka share kat blog ana.. ana akan link akak.. harap enti don't mind.. wslm