In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful :)
Hmm, tadi baru je saya rasa pelik, kenapa happy sangat harini, kejap-kejap humming lagu, kejap-kejap humming lagu.
Tapi sekarang dah berserabut balik dah. Adalah sebab dia. Heh. Takyah pelik lah. Hati manusia ni memang sentiasa dibolak-balikkan. Nothing unusual. Dah biasa dah :)
Tadi saya pergi Blackwell bookstore. Ada satu buku yang sangat menarik. Tajuk dia 'a short history of the honey bee'. Haha. Gila biology tajuk dia. Heh. Bila tah nak buang perkataan 'gila' daripada percakapan. Boleh tak kalau kita imagine bahawa gila tu equals to 'sangat' atau 'amat'. Bukan gila yang tak sopan tu. I guess tak boleh kot. Dah memang 'gila' tu maksudnya 'tak betul', nak imagine bende lain ape pulaknye. heh. Nak beli, tapi, nak tengok dekat amazon.co.uk dululah kalau-kalau lagi murah. Dan baru je check, memang lagi murah pun. Nantilah, bila berlaku sesuatu yang rasa cam patut reward diri baru beli. Ok?
Tak suka ah berfikir pasal masa depan. Sungguh rumit dan complicated sekali bila berfikir tentang masa depan. Heh. Tak suka. =( Tapi, tulah, suka ke tak suka ke, kena tempuh jugak masa depan. Sebab tu lah kena berfikir. Suka ke tak suka ke, kena jugak fikir. Kita ni berjalan ke depan, bukannya ke belakang.
Ok. Tu je.
p/s: saya rasa kalau humming lagu banyak-banyak kali sangat. boleh membuatkan kita jadi pening dan bosan dan rasa nak muntah dah dengan lagu tu. Huhu. Saya pelik.Abaikan.
Tata!





